Hassle free checkout system. No other cost will be added except shipping charges for outside Malaysia. Shop Now!
Cart 0

HanaSling - Lollies

RM 157.00

HanaSling Pilihan Ibu-bapa Penyayang

SELESA DAN SELAMAT

HanaSling sangat ergonomic, meniru gaya anda memegang bayi di tangan dan membolehkan bayi berada dalam kedudukan tegak untuk pernafasan yang lebih lancar. Semasa digendong, bayi anda seakan-akan duduk di dalam beg kecil sambil memeluk anda. Ini merapatkan hubungan fizikal dengan anda serta merupakan kedudukan natural dan paling santai bagi bayi.


MUDAH UNTUK DIGUNAKAN

Memasukkan bayi ke dalam HanaSling dengan selamat hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat, tanpa perlu belajar cara mengikat yang rumit, berhadapan dengan buckle tali pinggang atau sistem lain.


BOLEH LARAS UNTUK SEMUA SAIZ BADAN

Walaupun semua bayi dan ibu berbeza saiz. HanaSling boleh dilaraskan untuk saiz badan anda dengan mudah, dan memastikan bayi yang digendong berada pada kedudukan yang cukup tinggi dan kemas pada pinggul anda. HanaSling sangat sesuai digunakan dari peringkat bayi yang baru lahir atau pramatang.


MENGURANGKAN TEKANAN

Jahitan bahu jenis hybrid ‘pleated’ dan ‘eesti’ bukan saja sesuai untuk semua saiz bahu pemakai malah dapat mengagihkan tekanan secara sama rata di bahu dan di belakang anda bagi mengelakkan masalah lenguh tangan dan bahu.


SELAMAT

Anda boleh melihat wajah bayi, melakukan pemeriksaan lebih kerap dan mudah tanpa merungkaikan kain. 


MENYOKONG PENYUSUAN DI MANA SAHAJA

Anda boleh menyusukan bayi semasa berurusan di luar. Anda hanya perlu melonggarkan sling sedikit, merendahkan kedudukan bayi supaya dia dapat mengakses dada anda dengan mudah. Hujung fabric boleh dijadikan ‘nursing cover’.


MATERIAL LASAK DAN SELESA

Fabrik yang digunakan adalah berkualiti tinggi, tahan lasak (boleh dicuci menggunakan mesin basuh) dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Gegelung alluminium yang digunakan telah dikilangkan di US, melepasi ujian lasak di makmal dan boleh menampung berat sehingga 113 kg. Pad nipis pada ‘rails’ pula memberi keselesaan pada ibu dan bayi.