Cart 0

“Babywearing adalah seni menjaga bayi atau anak kecil secara menggendong ketika anda melakukan aktiviti harian melalui penggunaan salah satu daripada pelbagai jenis penggendong bayi yang biasanya diperbuat daripada sehelai kain yang lembut”

KESAN  BABYWEARING TERHADAP BAYI YANG DIGENDONG

KURANG MENANGIS

43% kurang keseluruhan.

54% kurang pada waktu malam.

LEBIH TENANG

Irama semulajadi ibu (berjalan, degupan jantung, suara) boleh menenangkan, membantu perkembangan otak bayi dan meningkatkan kepekaannya terhadap alam sekeliling.

LEBIH CEPAT BERDIKARI

Meningkatkan keyakinan diri bayi

DAPAT MELIHAT PEMANDANGAN SEKELILING DENGAN LEBIH BAIK

Bayi yang ditolak dalam stroller atau diangkut di dalam bakul hanya dapat melihat dunia dewasa di paras lutut.

LEBIH SIHAT

  • Mencegah gangguan fisiologi seperti ‘plagiocephaly’, ‘torticollis’ dan "kepala rata" akibat terlalu lama berbaring.
  • Mengurangkan kecerewetan, colic dan masalah gastrousus (penghadaman).
  • Meningkatkan aliran oksigen, mengawal kesihatan kardiovaskular dan pernafasan bayi.
  • Mempunyai koordinasi, keseimbangan badan dan perkembangan otot yang lebih baik.
  • Bayi pramatang dan bayi yang kurang penambahan berat badan amat disarankan supaya digendong untuk penambahkan berat badan yang ideal.

TIDUR YANG LEBIH BAIK

Bayi mendapat tidur yang lebih berkualiti terutama pada waktu malam. Mereka lebih mudah tidur malah tidur untuk tempoh yang lebih lama.

LEBIH BANYAK BELAJAR DARI BAYI BIASA

Babywearing meningkatkan fungsi neuro, perkembangan otak dan pembelajaran. Oleh kerana mereka lebih tenang, peka dan kurang menangis, masa tersebut digantikan dengan aktiviti pemerhatian dan interaksi dengan dunia sekeliling mereka.

LEBIH BAHAGIA

Meningkatkan oxytocin atau 'hormon gembira’ bagi bayi. Mereka berasa disayangi dan selamat. Paras kortisol atau 'hormon stress’ bagi bayi juga dapat dikurangkan jika kerap digendong.


KESAN  BABYWEARING TERHADAP IBU-BAPA (BABYWEARER)

INTERAKSI DENGAN BAYI LEBIH MUDAH

Dapat melihat riak wajah bayi dan mengagak isyarat lain. Ini sangat menyokong ‘bonding’ atau mengeratkan hubungan antara bayi dan pembawa.

LEBIH YAKIN

Tidak ada perasaan yang lebih bahagia apabila melihat bayi anda tenang dan gembira setelah semua keperluannya dipenuhi.

BEBAS UNTUK BERGERAK KE MANA-MANA

Dapat menikmati masa berharga dengan anak-anak kecil yang lain, menghirup udara segar atau beriadah sambil ber’babywearing’.

BOLEH MENYUSUKAN BAYI DENGAN MUDAH

Menyusukan bayi di mana sahaja, tanpa perlu bersusah-payah mencari tempat duduk yang tersembunyi. Pengeluaran susu ibu juga lebih memberangsangkan ketika menggendong bayi.

PERGERAKAN LEBIH SELAMAT

Boleh bergerak hampir di mana sahaja dengan bayi anda - di tanah yang tidak rata, menuruni lorong sempit, menaiki tangga, menyelit di celah orang ramai atau mendaki gunung!

KEDUA-DUA BELAH TANGAN LEBIH BEBAS

Mendukung bayi tanpa apa-apa alat gendongan untuk jangkamasa yang lama juga sangat melenguhkan dan kurang selamat. Babywearing membolehkan ibu atau bapa menggunakan kedua-dua tangan bagi melakukan kerja-kerja lain.

AKTIVITI BABYWEARING SEBENARNYA SAMA DENGAN BERSENAM

Ibu-ibu menyusu akan kurang kehilangan jisim tulang dengan cara menggendong bayi mereka.

MEMBANTU MENGELAKKAN MASALAH MEROYAN (POST-PARTUM DEPRESSION) BAGI IBU  LEPAS BERSALIN.

Dapat meningkatkan oxytocin (hormon gembira) serta mengurangkan kortisol (hormon tekanan) bagi kedua-dua bayi dan ibu.


                               HanaSling bukan sekadar untuk elak lenguh tangan dukung anak...ring sling hanasling pilihan ibu penyayang

RING SLING HANASLING PILIHAN IBU-BAPA PENYAYANG

SELESA DAN SELAMAT

HanaSling meniru gaya anda memegang bayi di tangan dan membolehkan bayi berada dalam kedudukan tegak untuk pernafasan yang lebih lancar. Apabila bayi anda digendong dalam kedudukan koala (tummy-to-tummy/ chest- to-chest), bayi anda seakan-akan duduk di dalam beg kecil sambil memeluk anda. Ini merapatkan hubungan fizikal dengan anda serta merupakan kedudukan natural dan paling santai bagi bayi.

MUDAH UNTUK  DIGUNAKAN

Memasukkan bayi ke dalam HanaSling dengan selamat hanya mengambil masa kurang daripada 10 saat, tanpa perlu belajar cara mengikat yang rumit, berhadapan dengan buckle tali pinggang atau sistem lain.

BOLEH LARAS UNTUK  SEMUA SAIZ BADAN

Walaupun semua bayi dan ibu berbeza saiz. HanaSling boleh dilaraskan untuk saiz badan anda dengan mudah, dan memastikan bayi yang digendong berada pada kedudukan yang cukup tinggi dan kemas pada pinggul anda. HanaSling sangat sesuai digunakan dari peringkat bayi yang baru lahir atau pramatang.

MENGURANGKAN  TEKANAN

Jahitan bahu jenis hybrid ‘pleated’ dan ‘eesti’ bukan saja sesuai untuk semua saiz bahu pemakai malah dapat mengagihkan tekanan secara sama rata di bahu dan di belakang anda bagi mengelakkan masalah lenguh tangan dan bahu.

SELAMAT

Anda boleh melihat wajah bayi, melakukan pemeriksaan lebih kerap dan mudah tanpa merungkaikan kain.

MENYOKONG  PENYUSUAN DI MANA SAHAJA

Anda boleh menyusukan bayi semasa berurusan di luar. Anda hanya perlu melonggarkan sling sedikit, merendahkan kedudukan bayi supaya dia dapat mengakses dada anda dengan mudah. Hujung fabric boleh dijadikan ‘nursing cover’.

MATERIAL LASAK DAN  SELESA

Fabrik yang digunakan adalah berkualiti tinggi, tahan lasak (boleh dicuci menggunakan mesin basuh) dan sesuai dengan iklim di Malaysia. Gegelung alluminium yang digunakan telah dikilangkan di US, melepasi ujian lasak di makmal dan boleh menampung berat sehingga 113 kg. Pad nipis pada ‘rails’ pula memberi keselesaan pada ibu dan bayi.