Cart 0

Bolehkah Menggunakan Baby Sling Jika Ada Masalah Sakit Belakang?

Anda mengalami masalah sakit belakang.

Bolehkah anda menggunakan sling bayi atau baby carrier?

Bagi individu yang terdedah kepada masalah sakit belakang, sebaiknya pilih penggendong bayi yang lebih lebar seperti 'soft denim' dan 'single layer' HanaSling yang boleh membantu menyamaratakan berat badan secara meluas dari bahu ke seluruh badan anda. Postur badan juga harus dalam keadaan yang betul. Ringsling adalah alat menggendong bayi yang ergonomic dan boleh dipakai sejak bayi baru lahir. Tekanan pada belakang dapat dikurangkan dengan sokongan ring sling berbanding hanya dukung menggunakan tangan.

Pastikan juga 'pakai' bayi dengan lebih rapat ke badan anda, dalam kedudukan menegak dan di tengah badan anda (biar hampir dengan paksi tulang belakang). Selain jenis ring sling, kami cadangkan anda menggunakan Tugeda Ideal kerana ianya sesuai untuk bayi baru lahir.

Jika bayi anda berusia 4 bulan ke atas atau mempunyai kawalan leher yang baik dan boleh duduk tanpa bantuan, kami akan mengesyorkan agar anda bertukar menggunakan 'Soft Structured Carrier' (SSC) yang bagus seperti Tugeda, Andrea dan Cuddle Me. CCS ni bagus terutama bagi mereka yang mempunyai masalah sakit belakang kerana ianya dapat mengedarkan berat badan ke pinggul dan kedua-dua bahu dengan lebih berkesan. Dengan cara ini ketegangan pada bahu dan belakang dapat dikurangkan kerana berat bayi hampir dengan pusat graviti badan anda.

Sekiranya mengalami masalah yang serius dengan punggung anda dan aktiviti mengangkat bayi itu adalah menyakitkan, berjumpalah dengan pakar seperti chiropractor untuk rawatan dan khidmat nasihat terlebih dahulu.



Older post Newer post